Photobucket

Monday 27 June 2011

Faktor Kadar Pemakanan

Faktor Kadar Pemakanan

Bulan puasa tiba lagi. pemakanan kita juga turut berubah dengan hadirnya ramadhan. tanpa kita sedari, perbelanjaan isi rumah juga turut meningkat. sebelum ini, sudah setahun kita tidak pernah menjamah murtabak, tapi bila tiba bulan ramadhan murtabak dijadikan pilihan. sebelum ini kita hanya makan ala kadar, tapi bulan ini kita akan makan ‘berkandar-kandar’.

kali ini saya mahu coretkan info kesihatan berkaitan pemakanan. tabiat pemakanan kita di bulan puasa berubah secara mendadak. perut dan sistem badan terpaksa beradaptasi dengan pantas kerana ‘tuan punya badan’ telah mengubah tabiat pemakanannya.

perlu diketahui bahawa diet pemakanan yang lengkap mengandungi pelbagai nutrien dalam kuantiti yang berbeza. saranan pengambilan makanan atau recommended dietary allowances (rda) mencadangkan tahap pengambilan nutrien yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan.

set nilai rda bertujuan membantu kita memenuhi keperluan pemakanan dari sumber makanan dan bukannya dari tokokan vitamin.

makanlah berdasarkan keperluan. makanan yang diambil akan dicerna dan berubah kepada bentuk tenaga untuk proses pembaharuan sel dan pertumbuhan. setiap orang memerlukan kadar pemakanan yang berbeza bergantung kepada umur, aktiviti, jantina dan fisiologi seseorang.

umur
umur akan mempengaruhi perubahan hormone dalam badan. secara saintifiknya, remaja memerlukan makanan yang lebih berbanding seorang dewasa. ketika remaja,mereka melalui pertumbuhan badan yang ‘pesat’.

jantina
umumnya lelaki memerlukan lebih banya tenaga berbanding perempuan. secara ringkasnya pula remaja lelaki memerlukan lebih zat mineral zink manakala remaja perempuan memerlukan lebih zat besi.

aktiviti
bagi mereka yang melakukan aktiviti berat dan aktif, mereka memerlukan banyak tenaga daripada pemakanan. maksudnya, mereka perlu banyak makan berbanding mereka yang pasif atau mereka yang hanya melakukan kerja-kerja pengkeranian.

fisiologi
seorang ibu yang mengandung atau menyusukan anak memerlukan tambahan nutrien. adaptasi tubuh sudah berubah berbanding keadaan asal.

kita adalah apa yang kita makan. lebihan makanan akan disimpan sebagai lemak di bawah lapisan kulit dan ianya susah untuk ‘ditanggalkan’. janganlah berlebih-lebihan ketika berbuka puasa kerana kasihanilah ‘perut anda’ yang perlu sekali lagi beradaptasi dengan kehendak ‘tekak’ tuannya. fakir-fikirkanlah.

selamat berpuasa.

Aspek Keselamatan dalam PJK

Aspek Keselamatan dalam PJK

Terdapat tujuh perkara yang perlu diberi perhatian untuk keselamatan sebelum menjalani aktiviti rekreasi dan latihan sukan.

1. melakukan aktiviti memanaskan badan, regangan otot dan kelonggaran sendi sebelum melakukan aktiviti yang lebih berat dan lakukan aktiviti menyejukkan badan selepas latihan.

2. latihan bersistematik. latihan perlu dirancang dan ditentukan terlebuh dahulu sebelum melaksanakannya. jangan sesekali melakukan aktiviti yang tidak diketahui faedah dan akibatnya.

3. kenal pasti kecergasan diri. setiap individu mempunyai tahap kecergasan yang berbeza. tetapkan objektif latihan mengikut kecergasan diri masing-masing.

4. kenal pasti kemampuan diri. lakukan aktiviti mengikut tahan kemampuan masing-masing. jangan memaksa diri melakukan aktiviti melebihi had keupayaan masing-masing.

5. persekitaran dan tempat aktiviti yang sesuai. pastikan persekitaran tempat yang selamat. salamat untuk diri sendiri dan orang lain.

6. kemudahan peralatan. pastikan anda mempunyai peralatan yang sesuai untuk melakukan aktiviti. alatan termasuklah juga pakaian yang sesuai untuk aktiviti.

7. perlakuan yang betul. jangan melakukan aktiviti dengan cara yang salah. ini akan membahayakan diri anda.

Curi Masa PJK





Curi masa PJK

sikap kebanyakan guru mencuri masa mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan (pjk) untuk mengajar mata pelajaran peperiksaan dikenal pasti sebagai salah satu punca bilangan murid gemuk bertambah di sekolah rendah.
kajian yang dilakukan oleh sepasukan penyelidik dari jabatan pemakanan dan dietetik, fakulti sains kesihatan bersekutu, universiti kebangsaan malaysia (ukm) mendapati menjelang musim peperiksaan terutamanya, kebanyakan guru tidak menggunakan waktu pjk untuk tujuan sebenar sebaliknya menggunakan waktu itu untuk mengajar mata pelajaran peperiksaan.
profesor madya dr. norimah a karim berkata, masa untuk pjk ialah tiga kali seminggu tetapi terdapat guru mengambil waktu-waktu itu untuk mengajar mata pelajaran peperiksaan.

``guru menganggap mata pelajaran peperiksaan lebih penting daripada pjk bagi menyediakan murid menghadapi peperiksaan,'' katanya kepada utusan malaysia. beliau ditemui pada majlis pertandingan senamrobik dan lukisan sempena kempen sekolah sihat nestle - kementerian pendidikan di petaling jaya, selangor, baru-baru ini.

kajian yang diketuai oleh ketua jabatan pemakanan dan dietetik, fakulti sains kesihatan bersekutu ukm, profesor dr. mohd ismail noor itu telah dijalankan pada tahun 2001.
seramai 12,000 murid daripada pelbagai kumpulan etnik dan kawasan dari seluruh semenanjung malaysia dipilih menjadi responden.

borang soal selidik disediakan dalam tiga bahasa iaitu melayu, mandarin dan tamil dan diedarkan di sekolah bandar dan luar bandar. bidang yang ditanya dalam soal selidik itu ialah tabiat pemakanan murid yang meliputi sarapan, makanan ringan dan minuman serta pengetahuan mengenai makanan berkhasiat.


dr. norimah seterusnya berkata, keadaan itu menyebabkan murid menjadi lebih malas untuk melakukan aktiviti fizikal sekali gus menyumbang kepada masalah kegemukan.
``sudahlah di rumah, murid tidak melakukan aktiviti fizikal, di sekolah juga keadaannya begitu dan ini boleh menyebabkan masalah lain pula yang muncul,'' ujarnya.
masalah itu jelasnya ialah berkaitan dengan pelbagai penyakit berkaitan kegemukan seperti paras kolestrol atau gula yang tinggi dalam darah. selain itu, kajian turut mendapati sebanyak 30 peratus murid sekolah rendah di semenanjung malaysia tidak mengambil sarapan sebelum ke sekolah.

menurut dr. norimah, kajiannya mendapati terdapat beberapa sebab kenapa ia berlaku dan yang paling utama ialah murid tidak sempat bersarapan.
faktor tidak sempat juga katanya, menyebabkan ibu bapa tidak dapat menyediakan sarapan untuk anak-anak. menurutnya, ibu bapa tidak sempat menyediakan sarapan kerana murid terpaksa ke sekolah pada awal pagi.

kajian mendapati, murid keluar rumah terlalu awal iaitu sekitar 6.30 pagi sekali gus menyebabkan ibu bapa tidak sempat menyediakan sarapan.
``bas sekolah datang terlalu awal menyebabkan murid terpaksa keluar rumah awal,'' katanya.
dr. norimah juga berkata, suasana waktu pagi yang terlalu awal turut menjejaskan selera makan murid. katanya, murid menjadi tidak selera untuk sarapan dan akhirnya ke sekolah dengan perut kosong.
beliau menjelaskan, kegagalan murid mengambil sarapan sebelum ke sekolah boleh menjejaskan tumpuan mereka di kelas.
``belajar dalam keadaan perut kosong menyebabkan murid hilang tumpuan terhadap apa yang diajar guru di kelas.
``kesan jangka panjangnya ialah ia boleh menjejaskan pencapaian akademik murid dan ini telah pun terbukti daripada kajian yang pernah dilakukan di amerika syarikat,'' katanya.
justeru beliau menasihatkan ibu bapa supaya menyediakan sarapan yang ringkas seperti roti atau sandwich.

menurutnya, ibu bapa boleh mempelbagaikan sandwich yang disediakan seperti sandwich telor; sandwich tuna atau sandwich sardin.
``tidak perlulah menyediakan sarapan yang rumit untuk dimasak seperti nasi lemak atau mee goreng.
``cukup sekadar roti sandwich yang bukan sahaja mengenyangkan tetapi lebih berkhasiat,'' katanya.
dr. norimah berkata, penemuan lain dalam kajian itu ialah sebanyak 25 peratus murid mengalami masalah lebih berat badan; 76 peratus murid tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal pada waktu lapang dan 32 peratus murid tidak makan malam bersama keluarga.
``murid menjadi gemuk kerana kurang aktiviti fizikal. mereka lebih suka mengisi masa lapang dengan menonton televisyen; permainan video atau komputer,'' katanya.
rohana man
utusan malaysia 27 oktober 2003

Saturday 25 June 2011

LARIAN 1 M 1 S 1 MALAYSIA

Larian Serentak 1M 1S 1Malaysia Seluruh Negara


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
 
Untuk makluman Y.Bhg. Tan Sri/Dato Sri/Datin Sri/Dato/Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan, Kementerian Pelajaran akan menganjurkan Majlis Pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) pada 02 Julai 2011 bertempat di Stadium Perak, Ipoh, Perak pada 7.45 pagi. Aktiviti utama pelancaran tersebut adalah  Larian Serentak 1M 1S 1Malaysia seluruh negara. KPM berharap larian tersebut dapat dicatatkan dalam Malaysia Book of Records dalam kategori The Largest Participation of School Students in a Run.
 
Majlis ini akan sempurnakan oleh Y.A.B. Tan Sri Haji DatoHaji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.
 
Sehubungan dengan itu, selaras dengan konsep larian serentak , semua JPN / PPD / Sekolah / IPGM / Matrikulasi dikehendaki terlibat dalam Pelancaran Dasar 1M 1S dengan menganjurkan dan melaksanakan larian serentak1M 1S  pada hari dan waktu yang sama anjuran masing-masing.
 
Bersama-sama ini disertakan lampiran Panduan Pelancaran dan Pelaksanaan Larian Serentak 1M1S untuk perhatian dan rujukan Y.Bhg. Tan Sri/Dato Sri/Datin Sri/Dato/Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan.
 
Y.Bhg. Tan Sri/Dato Sri/Datin Sri/Dato/Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan juga boleh mendapatkan borang penyertaan dan maklumat lain berkenaan Larian Serentak 1Murid 1Sukan (1M 1S) 1Malaysia di Portal Bahagian Sukan dengan melayari http://www.moe.gov.my/bsukan
 
Sekian, terima kasih.